Welcome...

Your Update :
Assalamualaikum...jemput masuk!sila tinggalkn jejak anda di Cbox atau di ruang komen, saya pasti akan balas kunjungan anda...terima kasih..

Derma Darah!

Assalamualaikum...



haluuu!!! apa khabar semuaaaaa..... hope semuanya sihat selalu... nak tanya korang pernah DERMA DARAH tak???? hehehehe tahu tak darah yang korang derma boleh menyelamatkan nyawa seseorang... setitik darah amat berharga buat orang yang memerlukan... so sesiapa yang sihat walafiat sila-silalah ajak adik, kakak, abang, anak2 pergi hospital untuk derma darah dan siapa yang mempunyai darah O amatlah dialu-alukan...

nak dijadikan cerita niat murni saya telah ditolak mentah-mentah...huhuhu sadih sangat rasa... yerlah kita dengan segala rasa ketrujaan pergi isi borang nak derma last2 kena tolak.. hahaha bukan diorang yang xnak bagi saya menderma tapi atas faktor-faktor yang memang tidak mengizinkan so terpaksalah mereka menolak niat baik saya.. yang pertama disebabkan tak cukup tidur dan yang kedua pulak disebabkan pengambilan ubat tidak sampai 24 jam... huhuhuhu sedihkan.. tapi takpelah mungkin lain kali...


syarat-syarat menderma darah..

Sila ambil perhatian bahawa maklumat ini boleh berubah. Penentuan kelayakan terakhir terletak pada kakitangan skrining di klinik penderma.
Anda BOLEH menderma jika..
    anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
    berat badan anda 45 kg atau lebih.
    haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!!

Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
    sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
    di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
    masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah     pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
    pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
    vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
    mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
    mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
    telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
    berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah. 
    mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu     berisiko tinggi .
    telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
    mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit     menusuk dalam 6 bulan terakhir.
    mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan) 
        * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan 
        * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan       penuh
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
    mereka hamil
    mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun     terakhir.
    mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka     tidak menyusui. 
    mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi.
sumber dipetik dari:
 http://www.malaysiablooddonors.org/malaysiablooddonors/malay/whocandonate-malay.php



ni gambar pada 27 April.. ada program derma darah dekat Penang, masa ni ada program dekat sana.. dgn semangatnya p isi borang nak derma last2 xboleh, kecewa giler rasa... huhuhu time ni xboleh sebab xcukup tidur..


ni gambar semalam 29 April... time nih lak masa otw nak p library.. kebetulan ada program derma darah dekat depan library so p lah isi borang nk derma dan akhirnya xboleh jgk sebabnya pada malam harinya saya ada ambil ubat-ubatan... huhuhuh sadih giler rasa....




takpelah mungkin buka masanya lagi untuk saya derma buat kali ini... sebernarnya saya pernah menderma sebanyak 2 kali dah tapi dah lama masa tuh dalam tahun 2006 dan 2007.. masa sekolah menengah.. last menderma nurse susah nak jumpa salur darah dekat lengan.. dalam 5 kali cucuk.. sampai tangan saya dh bertukar warna.. hahaha muka dah pucat dh time 2... so saya xboleh derma banyak.. xpenuh pn... lebih kurang seminggu saya tak boleh angkat tangan... rasa truma kejap.. 2 yang lama xderma 2.. ni niat murni nak menderma balik tapi tak boleh lak atas sebab-sebab tertentu.. 


Maafkan saya rakyat Malaysia kerana tak dapat membantu.. huhuhuhu



Watak Jahat!

Assalamualaikum....



haluuu!!! apa kabar? hehehe saya Alhamdulillah sihat... macam mana tah nak mula ayat.. huhuhu tak tahu nak mula macam mana dah.. sebab dah lama bebenor tak update.. hehehe takpelah kita terus masuk sal tajuk kita nih ha! WATAK JAHAT! kenapa dengan watak jahat? sapa yang jahat? adakah saya yang jahat? pecaya atau tidak dalam diri seseorang individu ada dua watak, satu watak jahat dan satu watak baik... dan yang menentukan mana satu watak kita ini adalah diri kita sendiri.. yerlah tiada yang perfect dalam dunia nih kan... huhuhu

korang perasan tak,  setiap kali watak jahat dalam cerpen, novel, drama or filem, banyak yang menggunakan nama "Mira".. (uwaaawawa tuh nama cheq!) perasan tak? huhuhu kenape takde nama lain eh.. huhuhu mungkin senang kot atau penulis dah xtahu nak telak nama watak antagonis yang sesuai dan nama Mira adalah paling sesuai... huhuhu cheq sedih taw nak2 bila cheq p nonton wayang dekat panggung tiba2 keluar watak jahat dannnnnn nama dia adalah Mira! kawan2 cheq automatik paling dekat cheq... terus cheq cakap Apeeeeeeeeeeeee!!! hahahaha 

kawan cheq pon pernah tanya 'Mira..awat nama hang ja yang dipilih jadik watak jahat.. weh ang jahat eh..' sambil buat muka sepuluh sen! huhuhu pastu gelak guling2... saya dulu pun pernah dicop jahat! sebabnya pernah berlaku perselisihan faham sedikit dan terus dijaja segala buruk diri ini sampaikan saya terasa seorang diri ketika itu.. takpelah sekarang ini pun saya dah tak kisah dah orang nak cakap apa asalkan kita tahu siapa diri kita dan orang yang rapat tahu kita macam manakan...

ehhh.. belum habis lagi yer.. hehehe kalau korang perasan watak jahat bagi ketegori lelaki lak kebanyakkanya menggunakan nama 'Zeck', 'jefri' dan lain2 lagi... mostly la kan.. hurm ha kalau orang gaji lak mesti 'Mak Jah' hahahaha.. okhelah sampai sini saja coretan waktu terluang saya...





saya suka Raja Ilya nih.. nak2 bila dia bawak watak antagonis tuh feeling habis..rasa macam benci sangat2 dengan watak dia...hehehehe yang paling terkesan ialah dalam cerita Dahlia... eeeee geram betui dgn dia yang jadi perampas suami kawan baik sendiri tuh pastu nak rampas semua sekali... huhuhu memang terkesan giler ar watak dia nih... hehehehehe btw all the best Raja Ilya! cantikkan dia ala2 pelakon bollywood gituh! aww



wasalam...



p/s:saya tak jahatttt, saya nakal jer...kihkihkih #sayadahinsaf!
p/s:saya nih kejap cheq kejap saya.. tapi xpelah mana2 asalkan orang faham...
p/s:maaf kerana sudah lama tidak melawat blog anda semua....

 
COPYRIGHT OF AHLAM ITU MIMPI. DESIGN WITH LOVE BY PINKILICIOUS