Welcome...

Your Update :
Assalamualaikum...jemput masuk!sila tinggalkn jejak anda di Cbox atau di ruang komen, saya pasti akan balas kunjungan anda...terima kasih..

Hantu NoVeL kemBali...:)

assalamuasaikum..dan selamat pagi dunia...:)


hahah...entry ni smbungan sal hantu novel yang lepas..hehehe hari 2 sal novel yang aku cari selama hampir setahun lamakan...tapi akhirnya jumpe...memg puas hati la aku baca novel 2..dan kali ini pula berkenaan dengan novel karya Hanni Ramsul jgk..hehehe cam bes jer... aku macam dah suka dengan hasil tulisan Hanni Ramsul nih... ok tajuk novel 2 ialah Kuseru Rindu Itu..novel baru ni taw...hehehe jom tgok sinopsis dia kat bwah...

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. 
Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?



ini pula harganya:
Judul : Kuseru Rindu ituPenulis : Hanni Ramsul 
Penerbit : kaki Novel
Semenanjung: RM 26.00Sabah/Sarawak: RM 29.00

 aku kana p cari nih..nk buat koleksi...jom kawan2 p kedai buku...hahaha:) 




sumber: FACEBOOK KELAB PEMINAT NOVEL

7 PeKerJaaN PaLinG StREss

Assalamualaikum...

hari ini saya nak kongsikan mengenai satu kajian yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu mengenai pekerjaan yang paling stress... mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2007-2009 ini ialah:

  1. Polis
  2. Pegawai Penjara
  3. Bomba
  4. Guru
  5. Jururawat
  6. Doktor
  7. Pembantu Farmasi

ini adalah 7 pekerjaan yang paling stress..apabila saya tengok pekarjaan yang ditangga ke 4..huhuhu.habis la saya...memeg stress pn...siap sedia la kau miera...:P






Dunia Kampus..

Assalamualaikum..


hari ni memg tersagat penat..penat badan..penat otak..yerlah..kuliah sampai 3 jam tampa henti pastu lak kana salin ape yang pensyarah cakapkan..kalu x xdelah nota untuk dibaca..huhuhu dalam dewan kuliah 2 plak lcd n komputer blum ada lagi..al maklumlah dewan kuliah baru..tak lengkap lagi..jadi kami semua kena la salin semua yang disyarahkan oleh pansyarah.. sib baik la pensyarah paham...huhuhu pas kelas 2 lak kami semua kana bergegas ke dewan kuliah lain sebabnya ada perjumpaan dengan penyelaras program ijazah sarjana muda bagi progaram Pendidikan semua cikgu2 kena hadir...dah la jauh..kana lak jalan kaki..wawaw hbis kakiku melecet..sebabnya aku pkai kasut bertutup hari ni..maklumlah kasut baru..hahahaha..(padam muka aku..) kat dalam 2 lak sampai kul 4 huhuhu...dah la blum makn lagi..hurm sib baik kau cuti..hehehe

tapi hari ni memg penat sangat..3 jam + 2 jam tampa henti...memg sakit otak...wawawawa inilah dunia kampus..smpaikan makan pn aku hampir terlupa....balik2 lak turun jer bas tiba2 hujan lebat turun..huhuhu basah kuyup aku walaupan berpayung..payung aku lak bila aku bukak mak aih rosak...huhuhuhu redah jer la hujan 2...




* ni la bekal perut aku  sehinggalah entry ni ditulis... serapan+makan tegah hari+minum petang...makan malam xkut..hahahakk klu x cik gestrik aku marah t lak aku xleh bagun baru padam muka aku*


itu la yang terjadi pada hari ini..kesedihan aku tolak tepi bila ingatkan pelajaran aku lebih penting... All The Best Cikgu Miera...:)

Jom BelajAr BaHasA Dialek KELANTAN

meh sini saing-saing sekelie..kawe nok aja kecek kelate...moh kito jeguk kamus dewe bahso kelate..
( mari sini kawan-kawa sekelian..saya nak ajar cakap kelantan...jom kita tegok kamus dewan bahasa kelantan..)


Mari belajar kamus dewan kelantan.

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising
saya tinggal di sempadan Terengganu-Kelantan  dan family saya ramai ada disana so saya faham la jugak perkataan-perkataan diatas dan memg boleh bercakap dalam dialek tersebut..:)

*sumber FB kawan saya..Azere Bin Hassan sini*

kekecewaan...

Bismillahirrahmanirahim...


Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi segala dugaan yang mendatang ini... Ya Allah... sesungguhnya diluar aku nmpak kuat namun didalam aku tidak kuat untuk hadapi semua ini... buangkanlah perasaan itu Ya Tuhanku... seksanya amat menyakitkan, pedihnya bagai menusuk sembilu...sesungguhnya aku seorang wanita yang tidak lari dari menagis bila berhdapan dengan semua ini..tapi smpai bila aku harus begini... air mata tak pernah usang dari pipi ini... aku cuba dan terus cuba untuk tidak menagis lagi namun semuanya bagikan teramat berat untuk aku tanggung keseoragan disini... Ya Allah berikanlah aku sedikit kekuatan dan ketabahan  supaya aku tidak seteruk ini dan kuat untuk mengarungi ujian ini Ya Allah... YA Tuhanku kurnikanlah padaku ketenangan moga tiada lagi kesedihan yang membelenggu diri ini... hanya padaMu aku mengadu...


amin...



16 Kebaikan sujud dalam solat


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.


ok..jom kita tgok apakah kebaikan sujud ini...:-
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam... :)





*sumber Harian Metro..*

Hantu NoVeL...

Assalamualaikum...

wah!!! dah lama aku tak update blog kesayangan aku nih...huhuhuhu..padahal tiap-tiap hari aku bukak blog ni..tpi just jalan-jalan pergi ke blog orang lain jer..sebabnya aku tak tahu nak post ape...wawawa
tapi malam ni aku rasa nak kongsikan sesuatu dangan korang...hehehehe sal minat aku terhadap novel.. aku sanggup keluarkan duit untuk membeli novel walaupan aku nih xde duit sangat...hehehe okeh.. awal minngu lepas aku ada beli novel yang dah dekat setahun aku cari-cari dan baru sekarang aku dapat..tajuk novel 2 ialah PERGILAH AIR MATA...jiwang kan ...hehehe 2 la yang cik abang aku cakap...jiwangnya bila  aku bagitahu tajuk novel ni...ok penulisnya ialah HANNI RAMSUL terbitan KAKI NOVEL...

novel nih bessssssssssssttttttt sangat!!!!!!....tak caye korang belilah baca sendiri xnak beli pinjam..hahahaha
kat sni aku kongsikan sinopsis dia skit...

"noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. sumpah bukan ini yang aku mahu. sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. atas rasa bersalah, aku rela melihat kau mengayam bahagia bersamanya. namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? mungkinkah kita sama-sama terpaut? atau...mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? mungkinkah... kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit.... SABRINA"


setakat ni jerlah eh  sinopsisnya malas lak aku nak taip banyak-banyak..hahahakkkk ohya novel ni tebalnya 858 muka surat..hehehehe aku habiskannya dalam masa 3 hari..wawawaw patutnya dalam 2atau sehari aku boleh habiskan disebabkan banyak kerja yang aku kana bereskan so terpaksa la aku matikan keinginan aku untuk habiskan novel nih secepat mugkin..hehehehe



*ni la cover novel 2*


BUlaN

assalamualaikum semua...hari ni bukak2 blog tgok ada penambahan follower lah...hehehe thanks diucapkan kat saudara dan saudari yang sudi follow blog saya... :)


ok...berbalik sal tajuk entry saya malam nih BULAN...kenape dgn bulan?? hehehehe tadi masa saya keluar bilik untuk ambik angin malam terpandang ke atas langit.. Ya Allah cantiknya ciptaanMU... bulan purnama penuh sungguh cantik... tiba-tiba saya teringat zaman kanak-kanak dulu...bila setiap malam selepas mengaji al-Quran dgn ayah, saya tersanggat suka bukak jendela untuk bercakap dan mengadu dengan bulan (mesti korang ingat saya xbetul kan..hehehehe)..kalau hujan saya sedih sebab tak dapat bercakap dengannya...sehinggalah saya duduk di asrama masa form 4-5 aktiviti itu jarang2 saya lakukan dan lama-lama saya jadi lupa untuk bercakap dangan bulan sehingga la hari ini saya terkenang kenangan itu...

hehehe itu masa saya kecik-kecik...biasalah bidak-budak kan...tapi best sangat2...rindunya waktu itu...hurm leh tak kalau nak jadi dak kecik jer...??? hehehehehe





mungkin saya ni macam pungguk rindukan bulan..hehehe 2 la yang mak saya cakap kalu tiap kali saya bukak jendela dulu... :P


aku nak dedikasi kat korang lagu nih... lagu nih bestttt....love it so much... k itu sahaja tata!!




PEyeBAb MIgRAin

Assalamualaikum..


hari 2 saya ada kongsikan mengeni jenis-jenis migrain.. kali ini pula saya nak kongsikan mengenai penyebab berlakunya migrain...ok tapi sebelum itu tentu ada yang tertanya-tanya apakah migrian yang sebenarnya..


migrain merupakan sakit kepala berdenyut-denyut dan ianya sering berlaku pada salah satu bahagian (unilateral) dan berkaitan dengan loya, muntah sensitif pada cahaya, bunyi, bau, tidur terganggu dan kemurungan...

sebenarnya penyebab migrain tidak diketahui puncanya yang sebenar. namun begitu, keadaan ini boleh diakibatkan oleh beberapa siri reaksi pada sistem saraf pusat yang disebabkan oleh perubahan dalam tubuh atau persekitaran ada juga disebabkan oleh sejarah keluarga yang mempunyai migrain ada yang mengatakan puncanya boleh diwarisi..
namun begitu pencetusnya adalah sebarang rangsangan atau stimulus yang memulakan satu proses. namun pada kebiasaannya pencetusnya adalah seperti berikut:
  • alkohol
  • faktor persekitaran seperti cuaca, altitud serta perubahan zon waktu.
  • melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh
  • makanan yang mengandungi kafein seperti kopi dan coklat, monosodium glutamate (MSG yang digunakan untuk menaikkan rasa dalam makanan proses)  dan pemanis tiruan
  • silau
  • perubahan hormon terhadap wanita
  • kelaparan
  • kurang tidur
  • ubat-ubatan
  • minyak wangi
  • stres





*sumber daripada majalah wanita 2010*

Jemputan Kahwin...

jemputan kahwin...huhuhuhu

 itu tajuk entry malam ni... kalau orang lain mugkin akan rasa gembira sebabnya diundang untuk menghadirkan diri ke majlis bahagia seseorang..tapi aku... sedihkah sukakah?? entah no komen xtau perasaan sebenar aku sekarang nih....jika anda diluar sana... ADAKAH ANDA AKAN MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS BAHAGIA BEKAS KEKASIH ANDA?....
hurm...2 sebabnya malam ini aku terfikir adakah aku perlu menerima undangan itu atau sebaliknya..memang benar aku sudah ada pengganti dirinya..namun sedikit sebanyak aku tetap terasa perit itu mungkin... adakah ada lagi rasa itu..tidak mungkin..semunya aku telah berikan pada si dia sekarang ini... mungkin juga kerana kami pernah berkasih dan perit penghinaan yg diberikan oleh si kekasihnya... perlukah aku?
aku memag brsyukur akhirnya meraka akan melangsungkan perkahwinan... tahniah pada dirinya dan juga bakal suri hidupnya... mugkin tidak patut aku hadirkan diri...ya aku tidak akan hadirkan diri.. pada bakal pegantin aku ucapkan  "SELAMAT PENGANTIN BARU.. moga kekal selamanya..amin.." maaf aku tidak dapat untuk memenuhi undangan itu...

Air mataKu

dah lama aku xnagis..hari ni aku nak nagis sampai lebam, mahu menagis sepuas-puasnya...huhuhuhuhu
banyak benda berlaku dalam minggu ini... huhuhuhu T-T hanya Tuhan sahaja yang tahu... kepala aku berserabut...



betul kata kawanku Tuhan masih sayangkan kamu sebab itulah DIA menguji diri mu...bersabar dan minta petunjuk dariNYa insyaAllah semuanya selamat...





*Ya Allah... kuatkanlah diriku dan permudahkanlah segala urusanku..amin*

MIgRaiN

assalamualaikum...

ok hari ni saya nak kongsikan mengenai migrain... saya tahu mesti ramai yang terkena penyakit atau terkena serangan nih..betul tak?hehehe
ok jom kita tengok jenis2 migrain nih...

JENIS-JENIS MIGRAIN
  1. migrain haid..biasanya migrain ni datang sebelum atau selepas datang haid
  2. migrain aura..atau fenomena neurologikal (aura), biasanya ia datang ketika 10-30 minit sebelum sakit kepala
  3. migrain tanpa aura..migrain ini adalah jenis yang lazim dan boleh berlaku pada satu atau kedua-dua bahagian kepala (bilateral)
  4. migrain abdomal...biasa berlaku pada kanak-kanak dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidap migrain
  5. migrain arteri basilar... migrain ini biasanya melibatkan gangguan pada arteri basilar dalam pangkal otak.
  6. carotidynia...ianya juga turut dikenali sebagai sakit kepala pada separuh bahagian bawah wajah dan mengakibatkan sakit yang teramat dan kadangkala terasa di bahagian rahang atau leher.
  7. migrain bebas sakit kepala.. migrain ini biasanya dikelaskan melalui kehadiran aura.
  8. migrain oflamoplegik..biasanya ia bermula degan sakit kepala yang dirasai pada mata dan disusuli dengan muntah
  9. migrain status...jenis yang jarang berlaku ianya melibatkan sakit yang kuat yang berlanjutan selama lebih daripada 72 jam. pesakit ini memerlukan rawatan di hospital.


 semasa serangan migrian ini seseorang itu biasanya akan rasa:

loya, sakit kepala, muntah







*sumber majalah wanita 2010*

70 Dosa Besar Yang Harus Ditinggalkan

Assalamualaikum...

hari ni saya nk berkongsi mengenai dosa-dosa besar....

Jika Kamu Menjauhi Dosa-dosa Besar Yang dilarang kamu Kerjakan ,Niscaya Allah menghapuskan Kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Allah tempatkan kamu ditempat yang mulia(surga) (an-nisa' ayat 31)

Beberapa dosa besar atau kaba’ir dalam Islam adalah sebagai berikut:

1. Menyekutukan Allah atau Syirik 2. Membunuh Manusia 3. Melakukan Sihir 4. Meninggalkan Shalat

5. Tidak Mengeluarkan Zakat

6. Tidak Berpuasa ketika bulan Ramadhan tanpa alasan yang kuat

7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkecukupan

8. Durhaka Kepada Ibu Bapa

9. Memutuskan Silaturahim

10. Berzina

11. Melakukan Sodomi atau Homoseksual

12. Memakan Riba
13. Memakan Harta Anak Yatim

14. Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul-Nya

15. Lari dari Medan Perang 16. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam 17. Sombong

18. Saksi Palsu

19. Meminum minuman beralkohol

20. Berjudi

21. Menuduh orang baik melakukan Zina

22. Menipu harta rampasan Perang

23. Mencuri

24. Merampok

25. Sumpah Palsu

26. Berlaku Zalim

27. Pemungut cukai yang Zalim

28. Makan dari harta yang Haram

29. Bunuh Diri

30. Berbohong
31. Hakim yang Tidak adil

32. Memberi dan menerima sogok

33. Wanita yang menyerupai Lelaki dan sebaliknya juga

34. Membiarkan istri, anaknya atau anggota keluarganya yang lain berbuat mesum dan memfasilitasi anggota keluarganya tersebut untuk berbuat mesum

35. Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut nantinya bisa kembali menikah dengan suaminya terdahulu

36. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran

37. Riya atau suka pamer

38. Ulama yang memiliki ilmu namun tidak mau mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain

39. Berkhianat

40. Mengungkit-Ungkit Pemberian

41. Mangingkari Takdir Allah SWT

42. Mencari-cari Kesalahan Orang lain

43. Menyebarkan Fitnah

44. Mengutuk Umat Islam

45. Mengingkari Janji

46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

47. Durhaka kepada Suami

48. Membuat patung
49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

50. Menggangu Orang lain

51. Berbuat Zalim terhadap yg lemah

52. Menggangu Tetangga

53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam

54. Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik

55. Memakai pakaian labuhkan Pakaian

56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas 57. Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya 58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T

59. Seorang yang mengaku bahwa seseorang itu adalah ayahnya namun dia tahu bahwa itu tidak benar

60. Berdebat dan Bermusuhan

61. Enggan Memberikan Kelebihan Air

62. Mengurangi Timbangan

63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T

64. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T

65. Meninggalkan Solat Berjemaah tanpa alasan yang kuat

66. Meninggalkan Solat Jumaat tanpa alasan yang kuat

67. Merebut hak warisan yang bukan miliknya

68. Menipu

69. Mengintip Rahasia dan Membuka Rahasia Orang Lain

70. Mencela Nabi dan Para Sahabat Beliau





 *Ya Allah Jauhkanlah kami dari melakukan dosa-dosa itu...amin..*
 
COPYRIGHT OF AHLAM ITU MIMPI. DESIGN WITH LOVE BY PINKILICIOUS