Tekanan Kerja.
semua orang boleh dikatakan akan mengalami fasa pekerjaan, dimana fasa ini akan berlaku selepas fasa persekolahan sama ada di peringkat universiti atau di peringkat iktisas yang lain. dalam fasa pekerjaan ini
setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. suasana tepat kerja yang selesa dan selamat akan meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan brkerja. suasana tempat kerja yg kurang memuaskan pula boleh mendatangkan tekanan mental. namun begitu, tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. jika tekanan di tempat kerja tersebut adalah berlebihan, maka ia akan memberi kesan negatif kepada individu sama ada dari segi mental dan emosi seseorang itu. di tambah pula dengan masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mantal pekerja tersebut.
selain itu terdapat beberapa punca yang boleh dikatakan sebagai punca yang memyebabkan tekanan di tempat kerja, antaranya ialah jenis pekerjaan tersebut. hal ini, kerana suasana tempat kerja yang memdatangkan tekanan kerja yang berpanjangan dan juga berlakunya perubahan cara pengendalian kerja tersebut secara mendadak. yang seterusnya pula ialah peranan dan fungsi pekerjaan. kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya. punca yang seterusnya ialah perhubungan, hal ini berlaku disebabkan adanya konflik sesama rakan sekerja dan majikan mereka. rakan sekerja yang suka menyusahkan atau sikap majikan yang sentiasa menekan pekerja tersebut.
punca yang seterusnya pula ialah kerjaya. kerja yang kurang insentif dan penghargaan dari majikan yang boleh dikatakan tidak pernah langsung memberi penghargaan terhadap para pekerja yang bersusah payah untuk melaksanakan sesuatu projek atau pekerjaan yang diberikan. selain itu, pekerja tersebut turut kecewa terhadap suasana kerja yang tidak insentif, mereka juga turut meresa kecewa kerana majikan tidak memberi penghargaan terhadap mereka seperti menaikkan pangkat walaupun sudah lama berkhidmat di tempat tersebut, ada juga yang diturunkan pangkat tanpa sebab oleh majikan kerana merasakan mereka tidak lagi memberi khidmat yang diperlukan seperti yang sebelum ini dan lebih menyedihkan lagi ada yang di buang kerja. punca yang terakhir pula ialah berlakunya perubahan dalam organisasi tersebut. perubahan yang berlaku secara mendadak di dalam stuktur dan juga pengurusan organisasi itu memyebabkan pekerja tersebut mengalami kekeliruan dan seterusnya menyebabkan berlakunya tekanan kepada pekerja.
seseorang yang mengalami tekana di tempat kerja dapat dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti berikut:
1) bersikap ganas iaitu panas baran
2) sentiasa berada dalam keadaan gelisah
3) akan hilang selera makan
4) mengalami gangguan tidur
5) hilang tumpuan, motivasi dalam diri
6) kemurungan
7) kerisauan yang berlebihan
8) kelesuan
9) mudah merandang
10) perasaan bersalah
oleh itu, terdapat tujuh angkah yang dikenal pasti untuk menagani tekanan kerja. yang pertama ialah kita perlu sentiasa bersikap realistik terhadap pekerjaan kita. oleh itu, kita perlu memgakui kekuatan dan kelemahan dalam diri kita sendiri juga perlu bersikap positif semasa melakukan pekerjaan kita. selain itu kita juga harus lakukan yang terbaik dalam pekerjaa kita dengan itu kita akan merasa seronok bila bekerja. langkah yang kedua pula ialah rancang kerja kita, kita seharusnya pandai untuk mengendalikan masa serta mengagihkan kerja dengan bijak , beri keutamaan pada kerja yang penting dan apa yang lebih penting ialah jangan sesekali menangguh kerja kita itu dan cuba untuk mengelakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
langkah yang ketiga pula ialah kita perlu tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah. oleh itu, kita perlu melihat masalah dengan resional dan merancang penyelesaiannya secara sistemetik. untuk merancang penyelesaian yang sistemetik ini, kita perlu menyenaraikan masalah-masalah mengikut keutamaannya serta langkah-langkah bagi menangani masalah tersebut dan seterusnya nilaikan kesesuaian pada setiap langkah yang telah dikenal pasti tadi dan ambil tindakan secara wajar. manakala langkah yang keempat pula iaitu kita perlu mempunyai sikap yang betul. yang dikatakan sebagai sikap yang betul itu ialah dalam setiap perubahan yang berlaku didalam suasana pekerja. oleh itu kita harus sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku. untuk itu kita perlu rancang setiap perubahan secara teratur bagi mengelakkan kita kita menalami tekanan atau stres.
kita juga harus mengamalkan komunikasi berkesan di tempat kerja. amalkan sikap tegas atau assertive dan bukannya sifat garang atau aggressive serta luahkan pendapat anda secara sopan, tegas, jelas dan hormati pandangan rakan sekerja anda bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham. langkah yang keenam pula ialah tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja. untuk itu kita perlu mewujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja. bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadap, kita sebolehnya harus menyenaraikan individu yang difikirkan boleh membantu kita dan juga rakan sekerja di dalam menagani sebarang masalah yang akan menimpa kita nanti. bagi mengelakkan tekanan yang lebih teruk kita harus bersedia untuk nerkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar dan luangkan masa kita untuk membantu rakan yang menghadapai masalah.
langkah yang terakhir pula ialah amalkan cara hidup yang sihat. dengan mengamalkan cara hidup yang sihat akan memberikan kita satu kehidupan yang seimbang, oleh itu kita harus meluangkan masa untuk beriadah dan bersenam disamaping dapatkan tidur yang mencukupi. apa yang lebih penting terutamanya bagi umat islam ialah sentiasa mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta dan jangan tinggalkan solat lima waktu sehari semalam, solat merupakan tiang agama jika tiangnya tiada maka runtuhlah sesebuah bagunan tersebut. amalkan nilai-nilai murni dan menjauhi diri daripada amalana hidup yang songsang seperti arak, judi, dadah dan sebagainya.
kesimpulannya, kita sebagai manusia memang tidak akan lari daripada mengalami tekanan terutamanya di tempat kerja. oleh itu, untuk mengelakkan dari terus mengalami tekanan yang lebih teruk lagi kita harus pandai untuk mencari jalan penyelesaian dan puncanya bagi mengelak ianya dari terus bertambah buruk dan akhirnya memakan diri kita.
No comments:
Post a Comment