Assalamualaikum...
selamat pagi.. pada 16/11/2015 kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan anak kepada sepupu kami, kak Mazita iaitu anak saudara kepada arwah Ayah kami... anak sulung kak Mazita meninggal dunia ketika mandi di sungai (lemas)... Al-fatihah buat Arwah Amad.. moga dia tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... amin
Oleh Mohammad Ishak am@hmetro.com.my
Jertih: Hasrat sepasang suami isteri untuk melihatnya anak mereka menjadi seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak kesampaian apabila remaja berkenaan mati lemas ketika mandi di Sungai Pelajat, di sini, petang kelmarin.
Mohamad Nazmi Asyraf Mohd Nawi, 18, dari Kampung Raja, di sini, dikatakan lemas kira-kira jam 5 petang ketika mangsa bersama adik dan dua rakan karibnya di sungai berkenaan.
Bapa mangsa, Mohd Nawi A Bakar, 47, berkata, anaknya itu baru terima surat tawaran untuk menjalani latihan di menyertai TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Menurutnya, anak sulung daripada tujuh beradik itu sepatutnya melaporkan diri sebagai anggota rekrut TLDM awal bulan depan, tetapi Mohamad Nazmi terlebih dahulu menemui ajal.
Katanya, mangsa memang berminat untuk menjadi tentera laut dan gembira selepas permohonannya diterima dan ditawarkan untuk menjalani latihan terbabit.
kredit to Harian Metro...
Al-fatihah...
Sedihnya kan Ahlam... bayangkan mak-ayah dia lagilah.
ReplyDeleteTapi itulah takdir Allah tak siapa mampu menghalang
Moga allahyarham tenang di sana dan mak-ayah serta keluarga diberi kesabaran yg tinggi.
sedih lak dgr cita cita tak kesampaian...ajal lebih dulu datang menjemput..al-fatihah
ReplyDeleteSalam n happy Monday. turut bersediah dan salam takziah
ReplyDeleteAlfatihah
ReplyDeleteInnalillahi waiinna illahi rojiuun..
ReplyDeleterupa2nya kejadian ada kaitan dengan keluarga ahlam...takziah
Innalillah... Al Fatihah buatnya... Salam takziah Ahlam...
ReplyDelete