tika ini..rasanya tersangat rindu pada keluarga...T-T tak tahu aku nak gambarkan bagaimana rasanya...tersangat rindu...rasa mahu terbang jer balik ke kampung aku..rindu mahu peluk mak, merenung matanya yang sayu itu, mengusap tangannya, tolong mak potong kuku...picit kakinya..dengar dia berleter yang penuh nasihat dan kerisauan anaknya di rantauan jauh dimata...rindu nak merenung wajah perkasa ayah...bergurau dengannya..walaupan kami kurang rapat...dangar ayah mengaji dengan kesyaduan tiap2 subuh...
rindu nak bergaduh dengan satu-satunya adik yang aku ada...berkongsi rahsia dengannya..pinjam barang dia dan xpulangkan balik..hehehehe...(jadi harta aku..) rindu mahu makan cake coklat yang dia buat..pastu komen ckp xsedap pdhal sedap..
rindu mahu berkumpul dangan kakak2 dan abg2 aku...bergurau senda..sambil melihat wajah mak yang ceria bila semua anak2 kesayangannya pulang...
menyakat dan kena sakat dengan abang2 ipar aku yang poyo dan seporting...tolong kakak2 ipar aku buat respi baru...(tolong tegok..hehehe)
rindu mahu bargaduh dengan anak2 buah aku yang nakal2...berebut remote tv..hehehehe...(saje nk dgar diorg nagis..) kacau diorang tgok tv..dengan tukar2kan siaran...
empat tahun aku berpuasa dirantauan...jarang sekali aku ada di rumah...buatkan aku tersangat rindu pada suasana itu..berbuka beramai2, bersahur beramai2.. gontong-royong memasak bersama2 bila syawal bakal menjelma...
nasi impit kuah kacang mak memang yang terbaik..xde siapa yang boleh tandinginya...2 la menu yang kami sekeluarga tungu2kan pada hari raya...tidak lengkap jika menu itu tiada...
argh...tika ini aku rasakan peritnya bila berjauhan dengan keluarga..di bulan puasa dan tinggal beberapa hari lagi mahu raya..huhuhu..sedihnya tidak terkata...
"mak, ayah tunggu kepulangan anak mu ini...rindu kalian semua.."
No comments:
Post a Comment